Biodata Sekolah
Labels: profail sekolah | author: nikkea83FIZIKAL DAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUNGKULAR
Keluasan Tapak : 6.52 hektar
Bangunan : 2 blok bangunan kayu
Jenis Bangunan : Bangunan kekal
Bilangan Darjah : Enam buah
Bilik Khas : Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains, Bilik Stor, Bilik Set Generator
Rumah Guru: Empat unit
Setiap unit ada: Dua bilik tidur, sebuah bilik mandi, satu dapur dan ruang tamu.
Padang sekolah : Tiada
Gelanggang : Tiada
Kantin Sekolah: Tiada, semua pelajar sekolah ini mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ).
Bekalan air: Sekolah ini mempunyai bekalan air jenis graviti yang diselenggarakan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Tenom. Namun begitu, kurang memuaskan kerana selalu tersumbat dan keruh dengan bendasing apabila di musim hujan.
Bekalan Eletrik: Ada, namun selalu terputus sehingga menyebabkan banyak alatan elektrik sekolah rosak.
Sejarah SK. Kungkular
Labels: profail sekolah | author: nikkea83SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUNGKULAR
Kungkular terletak kira-kira 35 KM daripada Kuala Tomani. Memandangkan kampong ini terletak jauh dripada sekolah SK.Kuala Tomani, maka sekolah ( SK.Kungkular ) telah ditubihkan pada 27 Julai 1981. Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) Cikgu Panguot Bin Lambang telah dihantar ke kampung ini. Pada tarikh yang sama, beliau telah mengadakan pendaftaran masuk murid-murid. Apabila sekolah dibuka pada awal penggal ketiga iaitu pada 18 Ogos 1981, Cikgu Samuel Bin Balang seorang GSTT telah dihantar untuk Sk.Kungkular sekaligus menjadikan bilangan guru seramai 2 orang.
Memandangkan sekolah ini baru dibuka, pentadbiran dikendalikan oleh Guru Besar SK.Kuala Tomani ( SK.Kungkular adalah cawangan bagi SK.Kuala TOmani. Disebabkan jarak antara SK.Kungkular dan SK.Kuala Toani jauh, maka Cikgu Panguot Bin Lambang diberi mandate menjadi Wakil Guru Besar SK. Kungkular dan penolongnya Cikgu Samuel Bin Balang. Pengurusan mengenai segala fail-fail sekolah diselenggarakan oleh Guru Besar Sk.Kuala Tomani sehinggalah SK. Kungkular menjalanakan pentadbiran sendiri ( tidak lagi menjadi cawangan pada tahun 1983 ).
Di peringkat awal SK. Kungkular telah meminjam bangunan gereja tempat siding selama satu penggal dengan menggunakan bangku panjang sekaligus dijadikan meja. Pada tahun 1982, Sk. KUngkular teolah mendapat bantuan bangku dan meja sekolah yang tidak digunakan lagi ) yang telah dihapus kira ) dari SK. Pekan Tenom. Pada tahun itu juga ( 1982 ) tempat belajar telah beralih ke bangunan kebudayaan dan balai raya kampunk Kungkular.
Pembinaan sebuah bangunan telah bermula pada penghujung 1984 dan dugunakan pada awal awal tahun 1985. Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah, bilik guru, bilik guru besar dan stor, juga tandas sekolah serta 1 unit rumah guru kembar dengan tandas ( Projek KIlat ) yang menelan belanja RM88,000.00 Memandangkan tapak pembinaan sekolah ini di atsa bukit, pihak sekolah telah meminta bantuan daripada Lembaga Tabung Getah Kuala Toamni untuk meratakan tapak bangunan tersebut dengan menggunakan “Bulldozer”. Pembinaan bangunan kedua sekolah bermula pada hujung tahun 1987, bangunan ini mempunyai 3 buah bilik darjah, bilik guru, bilik guru besar, stor serta tandas sekolah yang menelan belanja RM44,000.00. Kesemeua peruntukann pembinaan bangunan sekolah tersebut adalah peruntukan kerajaan. Bangunan kedua ini telah mula dgunakan pada awal tahun 1988.
Pada 15 Oktober 1983, Paersatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG ) telah ditubuhkan dan Tuan Penyelia Sekolah En. Ujoh Iyai telah dihantar sebagai pemerhati. Persatuan ini telah mengadakan pelbagai kerjasama dengan para guru SK. Kungkular seperti gotong- royong, hari sambuatn Hari Guru dan Hari Kemerdekaan dan kem motivasi sekolah.
Dari segi ko-korikulum, sekolah ini telah mengadakan sukan sekolah yang pertama pada tahun 1985, sebagai perintisnya ialah Cikgu Angkangon Bin Sagul juga Guru Besar pada masa itu. Sekolahnya ini juga menhantar wakil menyertai sukan di peringkat Zon dan pada tahun ini juga tercatat sejarah apabila tepilihnya seorang pelajar SK.KUngkular sebagai wakil daerah.
Barisan Baru SK. Kungkular menuju ke 2010
Labels: profail sekolah | author: nikkea83
Berikut adalah barisan SK. Kungkular menuju ke tahun 2010.
Bermula dari yang duduk ( dari kiri ):
Kartini Mohd Azman, Fidellia Lajukim, Matias Thomas ( Guru Besar SK. Kungkular ), Unsil Anak Ujang dan Rosliah Makajil
Yang berdiri ( dari kiri ) :
Janarius Jango, Nik Muhammad Kamil Nik Razali, Nasharuddin Awang Yahya, Nik Muhammad Sazilee Tuan Ahmad, Kamaruzaman Kamaruddin, Ahaya Enchai dan Aloysius Unang.
Pra-sekolah
Labels: Pra-Sekolah | author: nikkea83Dalam memajukan l;aman blog sekolah SK. Kungkular, satu lagi kategori baru yang diwujudkan iaitu kategori Pra-Sekolah. Ini adalah satu ruangan untuk memmberitahu perkembangan pra-seklah dan beberapa inovasi yang sedang diperkenalkan di sana.
Semoga ruangan ini akan membantu dalam perkembangan laman blog SK. Kungkular ini.
Perarakan Kemerdekaan 2009
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83
Pada 21 Ogos 2009, telah diadakan satu Perarakan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Perarakan ini adalah salah satu program Bulan Kemerdekaan SK. Kungkular. Ini adalah salah satu cara pihak sekolah menanam rasa sayangkan negara dengan memanifestasikannya dengan cara yang betul. Ini juga untuk memberitahu pelajar cara yang sepatutnya dan terkawal dalam menyatakan kegembiraan dapat hidup dalam negara yang merdeka dan aman makmur. Pelajar hadir ke sekolah dengan memakai baju sukan dan berkumpul di tapak perhimpunan.
Cikgu Kartini dan P. Fidelia menyusun pelajar untuk perarakan supaya nampak teratur.
Cikgu Sazilee menggambarkan cara susunan pembarisan kepada Cikgu Ahaya dan GB Matias.
Menyusun barisan ala PJJ ( Pemberitahuan Jarak Jauh )
Guru Besar Matias memberi ucapan pembukaan. Dalam ucapannya belaiau memperingatkan pelajar tentang usaha pejuang bangsa yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan. Maka, jadi menjadi tanggungjawab pelajar untuk terus menuntut ilmu dan memajukan negara sebagai tanda penghargaan ke atas kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta.
Setelah semua selesai, maka pelajar mula berarak ke padang yang berhampiran. Aktiviti ini dilakukan di bawah pengawasan semua guru untuk memastikan keselamatan pelajar semasa perarakan ini.
Pelajar mula berarak ke padang yang berhampiran di bawah pengawasan guru.
Warga SK. Kungkular menuruni bukit ke padang yang berhampiran. Satu barisan lurus menggambarkan hati yang sehati dan sejiwa dan disiplin.
Cikgu Nasharuddin memeriksa takut ada pelajar yang tertinggal. " Siapa yang tertinggal, sila angkat tangan "....
Guru menjaga keselamatan para pelajar semasa berarak.
Apabila di padang, semua pelajardisusun mengikut kelas masing-masing. Ini memudahkan pemantauan ke atas pelajar sebelum, semasa dan selepas program di padang berjalan. Pogram yang dijalankan adalah nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, nyanyian beramai-ramai lagu patriotik, bacaan sajak dan puisi bertemakan kemerdekaan dan laungan MERDEKA sebanyak 7 kali. Pelajar berarak pulang juga di bawah pengawasan guru.
Laungan kemerdekaan penuh semangat oleh bakal pewaris bangsa
Wajah bersemangat semasa melaungkan merdeka sebanyak tujuh kali.
Pelajar berarak pulang ke sekolah. Program ini tamat dengan jayanya. Bendera Malaysia dan Bendera Sabah dikibar sepanjang masa sepanjang program perarakan ini.
Cikgu Janna dan Cikgu Ahaya berwajah ceria apabila semua program berjalan lancar
Berikut adalah antara imej-imej lain yang dikongsi bersama
Tayangan Kemerdekaan
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83Antara program yang dianjurkan oleh SK. Kungkular sempena bulan kemerdekaan ialah Tayangan Kemerdekaan. Pelajar ditayangkan peristiwa dan video yang memaparkan betapa susahnya untuk mengecap satu kemerdekaan. Pelajar akan lebih jelas tentang penat jerih dan keringat darah para pejuang bangsa dalam memerdekan tanah ini daripada terus dijajah.
Pelajar menyaksikan dengan khusyuk tayangan video kemerdekaan.
Pelajar bercerita dengan rakan tentang kemerdekaan dan penat jerih pejuang bangsa.
Guru pun terlibat sama dalam program ini