Sambutan Hari Guru tidak tamat pada waktu paginya, tetapi disambung pula pada waktu petangnya. Pada waktu petangnya, diadakan satu sukan mini di antara para guru dan ibu bapa pelajar. Program ini adalah untuk merapatkan lagi silaturahim antara guru dan ibu bapa pelajar.
Pada 2.30 petang, semua guru dan ibu bapa berkumpul di padang berhampiran sekolah. Cikgu Ahaya kemudiaanya mengumpulkan nama yang hadir dan menentukan kumpulan yang akan menyertai sukan ini. Seramai 80 orang terdiri daripada guru dan ibu bapa yang menyertai sukan mini ini. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola tampar dan tarik tali. Memandangkan terlalu ramai peserta maka hanya 2 sukan ini sahaja yang dipertandingkan.
Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat. Kalah dan menang bukan perkara utama, tetapi semangat kesukanan dan keseronokan berkumpul beramai-ramai yang menjadi perkara utama. Gelak ketawa dan pelbagai perkaralucu yang terjadi. Peluang bersosial, berkenalan dan bersukan adalah satu medium yang berkesan dalam merapatkan hubungan semua.
Di saat berlangsungnya sukan ini, kami semua makin mengenali diri masing-masing. Ibu bapa juga mengambil peluang ini untuk mengenali lebih rapat terutamanya guru baru yang baru bertugas di SK. Kungkular ini. Kemuncak acara adalah acara tarik tali. Semua peserta bertungkus lumus untuk memenangi acara ini. Hilang sudah muka hensem semua peserta, yang nampak hanyalah kerutan demi kerutan dalam memerah setiap tenaga keluar untuk mengalahkan pihak lawan. Acara ini dimenangi oleh kumpulan yang mempamerkan prestasi yang konsisten dan bekerjasama yang sangat baik.
Dalam pukul 6.30 petang, semua acara tamat. Upacara penyampaian hadiah disampaikan oleh Guru Besar dan wakil dari PIBG. Semua penat tetapi wajah puas hati dengan aktiviti yang disertai adalah hadiah yang paling berharga yang diterima oleh para guru SK.Kungkular, satu penghargaan yang tiada tara nilainya.
Lompatan penuh semangat..
Gelak ketawa bila dah menang satu kali
Ibu-ibu pun nak main tarik tali jugak
Ibu, tarik ibu, ibu tariiiiikkk...
GB pun penat jadi anchor