|

PENGENALAN

Ini adalah satu sub-topik khas untuk pusat sumber sekolah. Diharap sebarang idea, cadangan yang diutarakan di sini dapat dikongsi oleh pelbagai pihak. Ini kerana kami warga SK.Kungkular masih lagi dalam membina dan mewujudkan suatu pengurusan yang lebih mantap untuk pusat sumber kami. Segala pertolongan dari semua pihak kami hargai.

Biodata Sekolah

|

FIZIKAL DAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUNGKULAR
Keluasan Tapak : 6.52 hektar
Bangunan : 2 blok bangunan kayu
Jenis Bangunan : Bangunan kekal
Bilangan Darjah : Enam buah
Bilik Khas : Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains, Bilik Stor, Bilik Set Generator
Rumah Guru: Empat unit
Setiap unit ada: Dua bilik tidur, sebuah bilik mandi, satu dapur dan ruang tamu.
Padang sekolah : Tiada
Gelanggang : Tiada
Kantin Sekolah: Tiada, semua pelajar sekolah ini mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ).
Bekalan air: Sekolah ini mempunyai bekalan air jenis graviti yang diselenggarakan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Tenom. Namun begitu, kurang memuaskan kerana selalu tersumbat dan keruh dengan bendasing apabila di musim hujan.
Bekalan Eletrik: Ada, namun selalu terputus sehingga menyebabkan banyak alatan elektrik sekolah rosak.

Sejarah SK. Kungkular

|

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN KUNGKULAR
Kungkular terletak kira-kira 35 KM daripada Kuala Tomani. Memandangkan kampong ini terletak jauh dripada sekolah SK.Kuala Tomani, maka sekolah ( SK.Kungkular ) telah ditubihkan pada 27 Julai 1981. Seorang Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) Cikgu Panguot Bin Lambang telah dihantar ke kampung ini. Pada tarikh yang sama, beliau telah mengadakan pendaftaran masuk murid-murid. Apabila sekolah dibuka pada awal penggal ketiga iaitu pada 18 Ogos 1981, Cikgu Samuel Bin Balang seorang GSTT telah dihantar untuk Sk.Kungkular sekaligus menjadikan bilangan guru seramai 2 orang.
Memandangkan sekolah ini baru dibuka, pentadbiran dikendalikan oleh Guru Besar SK.Kuala Tomani ( SK.Kungkular adalah cawangan bagi SK.Kuala TOmani. Disebabkan jarak antara SK.Kungkular dan SK.Kuala Toani jauh, maka Cikgu Panguot Bin Lambang diberi mandate menjadi Wakil Guru Besar SK. Kungkular dan penolongnya Cikgu Samuel Bin Balang. Pengurusan mengenai segala fail-fail sekolah diselenggarakan oleh Guru Besar Sk.Kuala Tomani sehinggalah SK. Kungkular menjalanakan pentadbiran sendiri ( tidak lagi menjadi cawangan pada tahun 1983 ).
Di peringkat awal SK. Kungkular telah meminjam bangunan gereja tempat siding selama satu penggal dengan menggunakan bangku panjang sekaligus dijadikan meja. Pada tahun 1982, Sk. KUngkular teolah mendapat bantuan bangku dan meja sekolah yang tidak digunakan lagi ) yang telah dihapus kira ) dari SK. Pekan Tenom. Pada tahun itu juga ( 1982 ) tempat belajar telah beralih ke bangunan kebudayaan dan balai raya kampunk Kungkular.
Pembinaan sebuah bangunan telah bermula pada penghujung 1984 dan dugunakan pada awal awal tahun 1985. Bangunan ini mempunyai 3 bilik darjah, bilik guru, bilik guru besar dan stor, juga tandas sekolah serta 1 unit rumah guru kembar dengan tandas ( Projek KIlat ) yang menelan belanja RM88,000.00 Memandangkan tapak pembinaan sekolah ini di atsa bukit, pihak sekolah telah meminta bantuan daripada Lembaga Tabung Getah Kuala Toamni untuk meratakan tapak bangunan tersebut dengan menggunakan “Bulldozer”. Pembinaan bangunan kedua sekolah bermula pada hujung tahun 1987, bangunan ini mempunyai 3 buah bilik darjah, bilik guru, bilik guru besar, stor serta tandas sekolah yang menelan belanja RM44,000.00. Kesemeua peruntukann pembinaan bangunan sekolah tersebut adalah peruntukan kerajaan. Bangunan kedua ini telah mula dgunakan pada awal tahun 1988.
Pada 15 Oktober 1983, Paersatuan Ibu Bapa Dan Guru ( PIBG ) telah ditubuhkan dan Tuan Penyelia Sekolah En. Ujoh Iyai telah dihantar sebagai pemerhati. Persatuan ini telah mengadakan pelbagai kerjasama dengan para guru SK. Kungkular seperti gotong- royong, hari sambuatn Hari Guru dan Hari Kemerdekaan dan kem motivasi sekolah.
Dari segi ko-korikulum, sekolah ini telah mengadakan sukan sekolah yang pertama pada tahun 1985, sebagai perintisnya ialah Cikgu Angkangon Bin Sagul juga Guru Besar pada masa itu. Sekolahnya ini juga menhantar wakil menyertai sukan di peringkat Zon dan pada tahun ini juga tercatat sejarah apabila tepilihnya seorang pelajar SK.KUngkular sebagai wakil daerah.

Barisan Baru SK. Kungkular menuju ke 2010

|


Berikut adalah barisan SK. Kungkular menuju ke tahun 2010.

Bermula dari yang duduk ( dari kiri ):

Kartini Mohd Azman, Fidellia Lajukim, Matias Thomas ( Guru Besar SK. Kungkular ), Unsil Anak Ujang dan Rosliah Makajil

Yang berdiri ( dari kiri ) :

Janarius Jango, Nik Muhammad Kamil Nik Razali, Nasharuddin Awang Yahya, Nik Muhammad Sazilee Tuan Ahmad, Kamaruzaman Kamaruddin, Ahaya Enchai dan Aloysius Unang.

Pra-sekolah

|

Dalam memajukan l;aman blog sekolah SK. Kungkular, satu lagi kategori baru yang diwujudkan iaitu kategori Pra-Sekolah. Ini adalah satu ruangan untuk memmberitahu perkembangan pra-seklah dan beberapa inovasi yang sedang diperkenalkan di sana.

Semoga ruangan ini akan membantu dalam perkembangan laman blog SK. Kungkular ini.

Perarakan Kemerdekaan 2009

|


Pada 21 Ogos 2009, telah diadakan satu Perarakan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Perarakan ini adalah salah satu program Bulan Kemerdekaan SK. Kungkular. Ini adalah salah satu cara pihak sekolah menanam rasa sayangkan negara dengan memanifestasikannya dengan cara yang betul. Ini juga untuk memberitahu pelajar cara yang sepatutnya dan terkawal dalam menyatakan kegembiraan dapat hidup dalam negara yang merdeka dan aman makmur. Pelajar hadir ke sekolah dengan memakai baju sukan dan berkumpul di tapak perhimpunan.






Cikgu Kartini dan P. Fidelia menyusun pelajar untuk perarakan supaya nampak teratur.













Cikgu Sazilee menggambarkan cara susunan pembarisan kepada Cikgu Ahaya dan GB Matias.














Menyusun barisan ala PJJ ( Pemberitahuan Jarak Jauh )













Guru Besar Matias memberi ucapan pembukaan. Dalam ucapannya belaiau memperingatkan pelajar tentang usaha pejuang bangsa yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan. Maka, jadi menjadi tanggungjawab pelajar untuk terus menuntut ilmu dan memajukan negara sebagai tanda penghargaan ke atas kemerdekaan negara Malaysia yang tercinta.







Setelah semua selesai, maka pelajar mula berarak ke padang yang berhampiran. Aktiviti ini dilakukan di bawah pengawasan semua guru untuk memastikan keselamatan pelajar semasa perarakan ini.





Pelajar mula berarak ke padang yang berhampiran di bawah pengawasan guru.













Warga SK. Kungkular menuruni bukit ke padang yang berhampiran. Satu barisan lurus menggambarkan hati yang sehati dan sejiwa dan disiplin.










Cikgu Nasharuddin memeriksa takut ada pelajar yang tertinggal. " Siapa yang tertinggal, sila angkat tangan "....










Guru menjaga keselamatan para pelajar semasa berarak.











Apabila di padang, semua pelajardisusun mengikut kelas masing-masing. Ini memudahkan pemantauan ke atas pelajar sebelum, semasa dan selepas program di padang berjalan. Pogram yang dijalankan adalah nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku, nyanyian beramai-ramai lagu patriotik, bacaan sajak dan puisi bertemakan kemerdekaan dan laungan MERDEKA sebanyak 7 kali. Pelajar berarak pulang juga di bawah pengawasan guru.







Laungan kemerdekaan penuh semangat oleh bakal pewaris bangsa












Wajah bersemangat semasa melaungkan merdeka sebanyak tujuh kali.












Pelajar berarak pulang ke sekolah. Program ini tamat dengan jayanya. Bendera Malaysia dan Bendera Sabah dikibar sepanjang masa sepanjang program perarakan ini.













Cikgu Janna dan Cikgu Ahaya berwajah ceria apabila semua program berjalan lancar











Berikut adalah antara imej-imej lain yang dikongsi bersama




















Tayangan Kemerdekaan

|

Antara program yang dianjurkan oleh SK. Kungkular sempena bulan kemerdekaan ialah Tayangan Kemerdekaan. Pelajar ditayangkan peristiwa dan video yang memaparkan betapa susahnya untuk mengecap satu kemerdekaan. Pelajar akan lebih jelas tentang penat jerih dan keringat darah para pejuang bangsa dalam memerdekan tanah ini daripada terus dijajah.









Pelajar menyaksikan dengan khusyuk tayangan video kemerdekaan.








Pelajar bercerita dengan rakan tentang kemerdekaan dan penat jerih pejuang bangsa.













Guru pun terlibat sama dalam program ini

Majlis Perpisahan dan Pertemuan GB

|


Pada 19 Jun 2009, tercatatlah satu acara yang penting , yang merubah sejarah SK. Kungkular ke arah corak kepimpinan yang baru. Pada tarikh ini, didakan satu acara Majlis Perpisahan Dan Pertemuan Guru Besar SK. Kungkular. Pada hari ini, SK. Kungkular menucapkan selamat tinggal kepada Cikgu Antuna Sungkim dan mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Matias Thomas yang telah dilantik sebagai Guru Besar SK. Kungkular. Cikgu Antuna pula akan berpindah ke SK. Saga.

Majlis dimulakan dengan ibu bapa hadir pada awal paginya. Selepas semua hadir, majlis dimulakan dengan acara bacaan doa dan ucapan aluan oleh pengerusi majlis.


Selepas itu, dijemput wakil-wakil daripada PIBG, Sekolah dan kawna baik Cikgu Antuna memberi sedikit ucapan perpisahan kepada Cikgu Antuna. Cikgu Antuna telah berkhidmat di SK. Kungkular hampir selama 10 tahun. Oleh itu, beliau telah banyak menempuh seribu pengalaman manis dan pahit semasa berada di sekolah pendalaman ini. Namun, terpancar di wajah kesemua hadirin yang hadir perasaan sedih dan pilu kerana terpaksa berpisah dengan guru yang banyak berjasa ini.




Ucapan daripada Pengerusi PIBG SK. Kungkular, selaku wakil ibu bapa warga SK. Kungkular. PIBG telah banyak bekerjasama dengan pihak sekolah dalam setiap aktiviti yang dibuat oleh pihak sekolah.

















Ucapan daripada PK HEM SK. Kungkular, Cikgu Nasharuddin. Beliau adalah wakil bagi pihak guru dan staf yang telah berkhidmat di bawah Cikgu Antuna
















Cikgu Yukit @ Mohd Nor selaku kawan baik Cikgu Antuna turut memberikan sedikit ucapan perpisahan. Ironinya, beliau juga pernah menjadi Guru Besar di SK. Kungkular.
















Selepas selesai penyampaian ucapan perpisahan, para hadirin dihiburkan dengan persembahan perpisahan daripada para pelajar, ibu bapa dan pemberian cenderamata kenangan kepada Cikgu Antuna oleh Guru Besar Matias dan daripada PIBG.


Barisan mantap mantan Guru Besar dan Guru Besar baru bagi SK. Kungkular. Walaupun berbeza wajah dan wataknya tetapi sama dari segi visi, memajukan SK. Kungkular ke arah kemajuan ilmu dan pendidikan anak bangsa.










Nyanyian beramai-ramai beberapa lagu perpisahan dari semua kepada Cikgu Antuna.














Persembahan daripada para pelajar














Cenderamata daripada PIBG
















Cenderamata sekolah kepada Cikgu Antuna














3 pentadbir SK. Kungkular


Sukan Mini Hari Guru

|


Sambutan Hari Guru tidak tamat pada waktu paginya, tetapi disambung pula pada waktu petangnya. Pada waktu petangnya, diadakan satu sukan mini di antara para guru dan ibu bapa pelajar. Program ini adalah untuk merapatkan lagi silaturahim antara guru dan ibu bapa pelajar.

Pada 2.30 petang, semua guru dan ibu bapa berkumpul di padang berhampiran sekolah. Cikgu Ahaya kemudiaanya mengumpulkan nama yang hadir dan menentukan kumpulan yang akan menyertai sukan ini. Seramai 80 orang terdiri daripada guru dan ibu bapa yang menyertai sukan mini ini. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bola tampar dan tarik tali. Memandangkan terlalu ramai peserta maka hanya 2 sukan ini sahaja yang dipertandingkan.

Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat. Kalah dan menang bukan perkara utama, tetapi semangat kesukanan dan keseronokan berkumpul beramai-ramai yang menjadi perkara utama. Gelak ketawa dan pelbagai perkaralucu yang terjadi. Peluang bersosial, berkenalan dan bersukan adalah satu medium yang berkesan dalam merapatkan hubungan semua.

Di saat berlangsungnya sukan ini, kami semua makin mengenali diri masing-masing. Ibu bapa juga mengambil peluang ini untuk mengenali lebih rapat terutamanya guru baru yang baru bertugas di SK. Kungkular ini. Kemuncak acara adalah acara tarik tali. Semua peserta bertungkus lumus untuk memenangi acara ini. Hilang sudah muka hensem semua peserta, yang nampak hanyalah kerutan demi kerutan dalam memerah setiap tenaga keluar untuk mengalahkan pihak lawan. Acara ini dimenangi oleh kumpulan yang mempamerkan prestasi yang konsisten dan bekerjasama yang sangat baik.

Dalam pukul 6.30 petang, semua acara tamat. Upacara penyampaian hadiah disampaikan oleh Guru Besar dan wakil dari PIBG. Semua penat tetapi wajah puas hati dengan aktiviti yang disertai adalah hadiah yang paling berharga yang diterima oleh para guru SK.Kungkular, satu penghargaan yang tiada tara nilainya.


Lompatan penuh semangat..




Gelak ketawa bila dah menang satu kali


Ibu-ibu pun nak main tarik tali jugak

Ibu, tarik ibu, ibu tariiiiikkk...


GB pun penat jadi anchor



Hari Guru SK. Kungkular

|

Pada 16 Mei 2009, SK.Kungkular telah mengadakan satu sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Kami berbangga kerana sambutan ini dapat dibuat sama dengan tarikh sambutan Hari Guru Kebangsaan. Persiapan telah dilakukan 2 minggu sebelum majlis ini.

Program bermula pada pukul 8.30 pagi. Hampir kesemua ibu bapa hadir ke program ini.

Pendaftaran YDP PIBG, En. Silas Kawar.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh pasteur Kg.Kungkular. Selepas itu, ucapan aluan oleh Guru Besar, En. Antuna Sungkim kepada para hadirin yang hadir. Beliau juga menyentuh mengenai kenapa 16 Mei dipilih sebagai hari guru. Beliau juga turut menyatakan seribu terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh para ibu bapa terhadap semua program sekolah yang telah dianjurkan selama ini. Pada tahun ini, banyak juga program baru diperkenalkan, kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa sangat menggalakkan.

Selepas itu, ucapan oleh PK HEM sebagai wakil tenaga kerja Sk.Kungkular turut disampaikan oleh Cikgu Nasharuddin Awang Yahya. Majlis diteruskan dengan pembacaan perutusan Hari Guru oleh Guru Besar.


Majlis diakhiri dengan persembahan oleh pelajar-pelajar tahap dua. Mereka menyanyikan lagu sekolah dan satu dikir barat bertajuk " Selamat Hari Guru ". Para pelajar ini telah dilatih oleh Guru Jannah, Cikgu Kamaruzaman dan juga Cikgu Sazilee. Terdapat juga bacaan sajak yang bertajuk " Terima Kasih Cikgu ".



Bacaan sajak oleh pelajar Tahun Lima



Koir oleh pelajar Tahap Dua

Dikir Barat sedia dilagukan oleh pelajar Tahap Dua

Melawat Taman Pertanian Sabah

|

Sebagai penutup tirai bagi KEMOKA, semua yang hadir dijemput ke satu lawatan khas KEMOKA. Pelawat kan dibawa melawat ke tempat menarik di dalam Taman Pertanian Sabah dengan menggunakan tren yang ditempah khas. Memandangkan yang hadir melebihi 40 orang, maka dua tren digunakan untuk lawatan ini. Segala penghargaan kepada pihak pengurusan taman yang membenarkan penggunaan tren tersebut.





Semua ibu bapa yang hadir bersama dengan guru dan penceramah menyertai lawatan ini. Untuk slot ini, pihak pentadbiran taman membenarkan kami melawat ke Muzium Lebah, Taman Orkid Hybrid dan Model Taman. Tren Kuning dan Tren Ungu inilah yang membawa kami sampai ke Muzium Lebah yang agak jauh dari tempat perkhemahan kami. Di muzium sana, kami mendengar taklimat tentang jenis lebah yang terdapat di sana dan juga beberapa penyelidikan yang sedang dibuat berkaitan dengan lebah. Kami juga ditunjukkan tentang kaedah komersial penternakan lebah dan lebah yang sesuai diternak.

















Selepas itu, kami dibawa melawat Taman Hybrid Orkid dan Model Taman. Di Taman Hybrid Orkid, kami dapat melihat pelabagi jenis orkid yang banyak digunakan dalam landskap. Di Model Taman pula, kami melihat bagaimana pelbagai jenis tumbuhan dan pokok diharmonikan dengan struktur bangunan yang menjadikan ia satu alam yang seimbang antara bangunan dan tumbuhan.



















 

©2009 Sekolah Kebangsaan Kungkular, Tenom | Template Blue by TNB