Sebagai penutup tirai bagi KEMOKA, semua yang hadir dijemput ke satu lawatan khas KEMOKA. Pelawat kan dibawa melawat ke tempat menarik di dalam Taman Pertanian Sabah dengan menggunakan tren yang ditempah khas. Memandangkan yang hadir melebihi 40 orang, maka dua tren digunakan untuk lawatan ini. Segala penghargaan kepada pihak pengurusan taman yang membenarkan penggunaan tren tersebut.
Semua ibu bapa yang hadir bersama dengan guru dan penceramah menyertai lawatan ini. Untuk slot ini, pihak pentadbiran taman membenarkan kami melawat ke Muzium Lebah, Taman Orkid Hybrid dan Model Taman. Tren Kuning dan Tren Ungu inilah yang membawa kami sampai ke Muzium Lebah yang agak jauh dari tempat perkhemahan kami. Di muzium sana, kami mendengar taklimat tentang jenis lebah yang terdapat di sana dan juga beberapa penyelidikan yang sedang dibuat berkaitan dengan lebah. Kami juga ditunjukkan tentang kaedah komersial penternakan lebah dan lebah yang sesuai diternak.
Selepas itu, kami dibawa melawat Taman Hybrid Orkid dan Model Taman. Di Taman Hybrid Orkid, kami dapat melihat pelabagi jenis orkid yang banyak digunakan dalam landskap. Di Model Taman pula, kami melihat bagaimana pelbagai jenis tumbuhan dan pokok diharmonikan dengan struktur bangunan yang menjadikan ia satu alam yang seimbang antara bangunan dan tumbuhan.
Melawat Taman Pertanian Sabah
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83Posts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment