Pada 7 Mei - 9 Mei 2009, berlangsunglah satu progam motivasi anjuran Sekolah Kebangsaan Kungkular, Tenom yag dinamakan Kem Motivasi Akademik (KEMOKA). Ini adalah satu catatan sejarah penting di mana ini merupakan program pertama yang melibatkan pelajar melibatkan diri dengan program yang dilaksanakan di luar kawasan sekolah. Ini diharap dapat memberi satu suntikan baru kepada pelajar apabila mereka didedahkan kepada satu suasana baru. Bagi kebanyakan pelajar pula, ini adalah satu pengalaman baru kepada mereka, di mana mereka belum pernah terlibat dengan program luar seperti ini.
Perancangan KEMOKA ini berlangsung selama sebulan. Fasa kerja bermula apabila kertas kerja cadangan disiapkan. Selepas itu, perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Pertanian Sabah dibuat di mana terikh yang sesuai untuk program ini ditetapkan. Tarikh 7 Mei ke 9 Mei dipilih memandangkan terdapat kekosongan pada masa tersebut dan peruntukan masa yang cukup untuk pihak penganjur menyipakan segala pengurusan program KEMOKA ini.
Di sekolah, pelajar tahap dua dimaklumkan tentang KEMOKA. Mereka diberi taklimat sebanyak 2 kali sebelum program. Taklimat pertama adalah untuk memaklumkan tentang apa yang perlu pelajar sediakan untuk program ini. Ini perlu kerana sebahagian besar pelajar tidak biasa menyertai program seperti ini. Taklimat kedua dilakukan pada hari Rabu, 6hb Mei untuk memeriksa persediaan pelajar.
Pada 6 Mei juga diadakan satu majlis ringkas penyerahan tugas kepada Ketua Fasilitator dan Kem Komanden. Penyerahan tugas ini bermaksud penyerahan tanggungjawab pelaksanaan kepada Ketua Fasilitator dan Kem Komanden, di mana pihak Majlis Tertinggi KEMOKA sudah tamat tugasnya dan bertindak sebagai pemantau sahaja. Ia berjalan lancar. Selepasa majlis penyerahan tugas tersebut, Ketua Fasilitator mengadakan satu mesyuarat bersama Fasilitator yang lain dalam memastikan kelicinan program.
Program ini adalah satu program percubaan para guru dan pentadbir SK. Kungkular dalam merancang aktivi luar yang berunsur akademik kepada pelajar SK. Kungkular. Harapan kami semua program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.

0 comments:
Post a Comment