Majlis Penutup KEMOKA

|






Pada hari akhir KEMOKA, para ibu bapa dijemmput untuk menghadiri majlis tersebut. Kehadiran ibu bapa yang ramai menunjukkan kerjasama dan sokongan mereka terhadap program ini. Mereka juga datang bersama ahli keluarga mereka yang lain .

Majlis tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi di salah satu dewan yang tersedia di Taman Pertanian Sabah. YDP PIBG SK.Kungkular dan juga penceramah En. Yukit @ Mohd Nor turut hadir di majlis ini. Guru Besar, Antuina Sungkim telah memberi satu ucapan penghargaan untuk kepada semua pihak yang terlibat, terutama kepada para guru-guru yang telah berhempas-pulas dalam menjayakan program ini. Beliau turut menyatakan kebanggaan beliau terhadap sokongan PIBG dan ibu bapa terhadap program ini dari mula perancangan sehinggalah kepada saat akhir pelaksanaannya.

Pada majlis tersebut, sekali lagi Guru Besar SK. Entabuan dijemput untuk menyampaikan satu sessi ceramah yang bertajuk " Kejayaan Datang Datang Dari Kerjasama Semua ". Ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua yang kejayaan bukan hasil usaha satu pihak sahaja. Satu kejayaan dari seorang pelajar datang daripada hasil usaha guru, ibu bapa, pihak sekolah dan persekitaran. Sepanjang menjalani hidup sebagai seorang pelajar, pelbagai cabaran dan rintangan yang mereka hadapi. Usahasama dan sokongan padu bersama keyakinanan ibu bapa terhadap kebolehan pelajar tersebut untuk berjaya boleh menjadi satu pacuan utama yang membakar motivasinya untuk berjaya, Jika dibiarkan sahaja tanpa sokongan, sukar untuk pelajar berkenaan mencapai kejayaan yang cemerlang bersama sahsiah diri yang baik.

Majlis penutup diakhiri dengan satu sessi dialog bersama ibu bapa. Sebelum semua bertolak pulang, kami dibawa berjalan di sekeliling Taman Pertanian Sabah dengan menaiki Tren ayng disediakan.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Sekolah Kebangsaan Kungkular, Tenom | Template Blue by TNB