Malam Pungguk KEMOKA

|


Pada malam kedua di sana, kami mengadakan satu lagi aktiviti malam yang dinamakan Malam Pungguk. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk perasaan keyakinan diri walaupun berseorangan walaupun dalam keadaan kekurangan. Untuk Malam Pungguk, peserta akan ditinggalkan berseorangan di satu kawasan yang agak terpencil dan jauh antara rakan-rakan yang lain. Peserta juga akan diikat matanya sebagai tanda kekurangan yang ada pada diri mereka. Untuk keselamatan, setiap pelajar diawasi sepanjang masa oleh para guru dan fasilitator. Ini untuk mengelakkan mereka terlalu takut ataupun bergerak sendiri sehingga boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Sebelum aktiviti bermula, pelajar dimaklumkan mengenai apa yang akan mereka hadapi. Semasa mererka bersendirian, peserta diminta untuk bermuhasabah diri mereka sendiri, ingat kembali kesilapan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dan mengambil peluang ini apabila bersendirian untuk menanam azam untuk tidak mengulangi kesilapan dahulu dan berubah ke arah yang lebih baik.

Peserta yang pada mulanya nampak berani pada mulanya mula menunjukkana rasa takut selepas beberapa ketika. Pelbagai ragam dan tingkah laku yang dapat kami lihat, namun keselamatan pelajar tetap menjadi prioriti utama. Mereka dibiarkan bersendirian selama hampir sejam. Kami berharap semasa mereka bersendirian, mereka akan bermuhasabah diri mereka sendiri dan menanam azam untuk berubah menjadi lebih baik sebelum mereka menyertai program ini.

Peserta dibenarkan untuk membuka ikatan mata sejam selepas itu. Pelajar kemudiannya berkumpul dalam kumpulan LDK masing-masing. Mereka berbincang dan menyatakan perasaan masing-masing semasa menjalani aktiviti Malam Pungguk ini. Ini juga bertujuan untuk menyedarkan para peserta aktivitiini mempunyai objektifnya dalam membentuk jati diri peserta.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Sekolah Kebangsaan Kungkular, Tenom | Template Blue by TNB