KEMOKA adalah satu program motivasi akademik yang dianjurkan oleh SK. Kungkular. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik belajar dan juga cara menjawab soalan peperiksaan dengan cara menjawab yang membolehkan mereka mendapat markah sebanyak yang mungkin. Ini adalah satu program perintis, maka pelajar yang terlibat adalah semua pelajar tahap dua iaitu pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Jumlah peserta untuk KEMOKA seramai 16 orang.
Berikut adalah butiran KEMOKA:
Tarikh : 7 - 9 Mei 2009
Penyertaan : Pelajar Tahun 4,5,6
Tempat : Taman Pertanian Sabah
Semua guru akan terlibat dalam program ini dan setiap guru telah diagihkan tugasan masing-masing. Semangat bekerjasama dan rasa keinginan melihat kejayaan projek perintis ini menjadi satu kejayaan yang boleh dibanggakan adalah sumber semangat semua guru untuk melaksanakan tugasan mereka dengan sebaik mungkin. Pelbagai persediaan dan perancangan yang telah dilaksanakan untuk memastikan program ayng dirancang memberi impak maksima kepada para pelajar.
Program Motivasi Akademik ( KEMOKA )
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83Posts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment