SK. Kungkular mempunyai dua blok kelas, satu ruang pejabat bersama bilik guru, tandas pelajar dan tandas guru, kuaters guru, makmal sains, bilik komputer, bilik pemulihan dan pondok genset. Sekolah ini dilengkapi dengan bekalan elektrik dan kemudahan "Schoolnet" dengan bantuan parabola sebagai media penghubung. Namun, untuk sumber air, sekolah ini menggunakan air sungai dari kawasan hutan yang berhampiran ataupun lebih dikenali sebagai air graviti. Bagi mengelakkan berlakunya masalah terputus bekalan air, sekolah ini menyediakan beberapa tangki air sebagai tempat penyimpanan air.
Ia dibina di atas bukit, dikelilingi oleh Kg.Kungkular. Kebanyakan guru yang mengajar di sini tingggal di kuarters guru yang disediakan. Hanya terdapat beberapa orang guru sahaja yang tinggal di luar kawasan sekolah. Pelajar di sekolah ini pula adalah seramai 60 orang termasuk pelajar Pra-Sekolah. Manakala bilangan guru yang berkhidmat di sini adalah seramai 10 orang.
0 comments:
Post a Comment