Pada 29 Mei 2009, diadakan satu taklimat kepada pelajar-pelajar yang akan menghadiri KEMOKA.
Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang barangan yang perlu dibawa, peraturan di sana dan juga peraturan semasa aktiviti dijalankan. Pelajar diingatkan supaya sentiasa berdisiplin dan patuh kepada arahan setiap fasilitator. Pelajar juga dimaklumkan mengenai guru-guru yang akan menjadi fasilitator yang akan menjadi penjaga kepada mereka nanti.
Pelajar menunjukkan semangat dan rasa gembira apabila diberitahu mengenai KEMOKA ini. mereka aktif dalam bersoal jawab mengenai barangan yang perlu dibawa nanti. Pelajar juga dibertahu mengenai kehadiran satu lagi sekolah lain yang akan turut serta berkhemah di 'camp-site' yang sama. Penegasan kepada menjaga tingkah-laku sehingga tidak menjejaskan nama diri dan sekolah SK.Kungkular dititikberatkan sepanjang program KEMOKA.
Respon dari pelajar ternyata memberikan impak yang besar kepada para guru untuk terus merangka satu program yang terbaik untuk para peserta KEMOKA nanti. Memandang program ini adalah perintis kepada program KEMOKA lain yang akan mendatang, maka segala aktiviti dan perancangan sentiasa dikemaskini supaya program ini akan berjalan lancar nanti.
Taklimat Pertama KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83Posts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment