Kehidupan pelajar pada zaman ini semakin mencabar. Dalam membentuk satu individu yang cemerlang, pelajar bukan sahaja perlu mempunyai ilmu kurikulum tetapi juga perlu mempunyai kemahiran ko-kurikulum seperti ilmu kepimpinan dan kemahiran perkhemahan.
Pihak pentadbir sedar kan perkara ini dan telah mengambil satu langkah proaktif da
lam melengkpakan pelajar kami dengan ilmu-ilmu tersebut. Hasil perbincangan pihak pentadbir dan para guru, maka terhasillah satu program iaitu Kem Motivasi Akedemik Kungkular
( KEMOKA )
Pihak sekolah akan menganjurkan satu kem motivasi untuk tahap dua, di mana objektif kem ini adalah untuk memberikan ilmu tentang teknik pembelajaran yang sesuai dengan setiap pelajar di samping melatih mereka dengan ilmu perkhemahan. Kem ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam di Taman Pertanian Sabah.
Setelah mengadakan perbincangan dengan pihak Taman Pertanian Sabah, KEMOKA akan bermula pada 7 mei 2009 ke 9 Mei 2009. Kem ini adalah projek pertama yang diadakaan di luar kawasan sekolah, maka persediaan yang rapi perlu dilakukan.
Sehingga kini, segala kertas kerja sudah disiapkan dan para guru sudah dimaklumkan tentang aktiviti yang akan dilakasanakan sepanjang KEMOKA. Semua pihak menunjukkan semangat dan kerjasama yang sangat baik, maka kami percaya program ini akan mencatat satu sejarah baru di dalam rekod sejarah SK. Kungkular.
KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83Posts Relacionados:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment