Pelajar SK.Kungkular
SK Kungkular terletak di kawasan bukit, dikelilingi oleh Kg.Kungkular. Pelajarnya terdiri daripada kalangan anak kampung di kampung ini dan kampung yang berdekatan seperti Kg.Lohot dan Kg.Sopopon. Jumlah keseluruhan pelajar adalah 60 orang. Berikut adalah bilangan pelajar mengikut darjah:
Prasekolah | 15 0rang |
Tahun Satu | 13 orang |
Tahun Dua | 11 orang |
Tahun Tiga | 5 orang |
Tahun Empat | 8 orang |
Tahun Lima | 1 orang |
Tahun Enam | 7 orang |
Dari segi akademik, kami mengajar mengikut silibus/sukatan KBSR. Untuk komponen ko-korikulum, sekolah ini mempunyai tiga komponen iaitu Kelab, Badan Beruniform dan Sukan Permainan.
Untuk Kelab, terdapat Kelab Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains, Catur dan Tarian & Kebudayaan. Hanya Persatuan Pengakap sahaja di sekolah ini. Namun, untuk permainan, sekolah menyediakan sukan olahraga, bola jaring, bola sepak dan bola tampar. Setiap kelab, persatuan dan sukan mempunyai guru penasihatnya untuk membantu kelicinan perjalanan pergerakan pelajar yang terbabit.
0 comments:
Post a Comment