Sebagai penutup tirai bagi KEMOKA, semua yang hadir dijemput ke satu lawatan khas KEMOKA. Pelawat kan dibawa melawat ke tempat menarik di dalam Taman Pertanian Sabah dengan menggunakan tren yang ditempah khas. Memandangkan yang hadir melebihi 40 orang, maka dua tren digunakan untuk lawatan ini. Segala penghargaan kepada pihak pengurusan taman yang membenarkan penggunaan tren tersebut.
Semua ibu bapa yang hadir bersama dengan guru dan penceramah menyertai lawatan ini. Untuk slot ini, pihak pentadbiran taman membenarkan kami melawat ke Muzium Lebah, Taman Orkid Hybrid dan Model Taman. Tren Kuning dan Tren Ungu inilah yang membawa kami sampai ke Muzium Lebah yang agak jauh dari tempat perkhemahan kami. Di muzium sana, kami mendengar taklimat tentang jenis lebah yang terdapat di sana dan juga beberapa penyelidikan yang sedang dibuat berkaitan dengan lebah. Kami juga ditunjukkan tentang kaedah komersial penternakan lebah dan lebah yang sesuai diternak.
Selepas itu, kami dibawa melawat Taman Hybrid Orkid dan Model Taman. Di Taman Hybrid Orkid, kami dapat melihat pelabagi jenis orkid yang banyak digunakan dalam landskap. Di Model Taman pula, kami melihat bagaimana pelbagai jenis tumbuhan dan pokok diharmonikan dengan struktur bangunan yang menjadikan ia satu alam yang seimbang antara bangunan dan tumbuhan.
Melawat Taman Pertanian Sabah
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83Majlis Penutup KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83
Pada hari akhir KEMOKA, para ibu bapa dijemmput untuk menghadiri majlis tersebut. Kehadiran ibu bapa yang ramai menunjukkan kerjasama dan sokongan mereka terhadap program ini. Mereka juga datang bersama ahli keluarga mereka yang lain .
Majlis tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi di salah satu dewan yang tersedia di Taman Pertanian Sabah. YDP PIBG SK.Kungkular dan juga penceramah En. Yukit @ Mohd Nor turut hadir di majlis ini. Guru Besar, Antuina Sungkim telah memberi satu ucapan penghargaan untuk kepada semua pihak yang terlibat, terutama kepada para guru-guru yang telah berhempas-pulas dalam menjayakan program ini. Beliau turut menyatakan kebanggaan beliau terhadap sokongan PIBG dan ibu bapa terhadap program ini dari mula perancangan sehinggalah kepada saat akhir pelaksanaannya.
Pada majlis tersebut, sekali lagi Guru Besar SK. Entabuan dijemput untuk menyampaikan satu sessi ceramah yang bertajuk " Kejayaan Datang Datang Dari Kerjasama Semua ". Ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada semua yang kejayaan bukan hasil usaha satu pihak sahaja. Satu kejayaan dari seorang pelajar datang daripada hasil usaha guru, ibu bapa, pihak sekolah dan persekitaran. Sepanjang menjalani hidup sebagai seorang pelajar, pelbagai cabaran dan rintangan yang mereka hadapi. Usahasama dan sokongan padu bersama keyakinanan ibu bapa terhadap kebolehan pelajar tersebut untuk berjaya boleh menjadi satu pacuan utama yang membakar motivasinya untuk berjaya, Jika dibiarkan sahaja tanpa sokongan, sukar untuk pelajar berkenaan mencapai kejayaan yang cemerlang bersama sahsiah diri yang baik.
Majlis penutup diakhiri dengan satu sessi dialog bersama ibu bapa. Sebelum semua bertolak pulang, kami dibawa berjalan di sekeliling Taman Pertanian Sabah dengan menaiki Tren ayng disediakan.
Malam Pungguk KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83
Pada malam kedua di sana, kami mengadakan satu lagi aktiviti malam yang dinamakan Malam Pungguk. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk perasaan keyakinan diri walaupun berseorangan walaupun dalam keadaan kekurangan. Untuk Malam Pungguk, peserta akan ditinggalkan berseorangan di satu kawasan yang agak terpencil dan jauh antara rakan-rakan yang lain. Peserta juga akan diikat matanya sebagai tanda kekurangan yang ada pada diri mereka. Untuk keselamatan, setiap pelajar diawasi sepanjang masa oleh para guru dan fasilitator. Ini untuk mengelakkan mereka terlalu takut ataupun bergerak sendiri sehingga boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Sebelum aktiviti bermula, pelajar dimaklumkan mengenai apa yang akan mereka hadapi. Semasa mererka bersendirian, peserta diminta untuk bermuhasabah diri mereka sendiri, ingat kembali kesilapan apa yang telah mereka lakukan sebelum ini dan mengambil peluang ini apabila bersendirian untuk menanam azam untuk tidak mengulangi kesilapan dahulu dan berubah ke arah yang lebih baik.
Peserta yang pada mulanya nampak berani pada mulanya mula menunjukkana rasa takut selepas beberapa ketika. Pelbagai ragam dan tingkah laku yang dapat kami lihat, namun keselamatan pelajar tetap menjadi prioriti utama. Mereka dibiarkan bersendirian selama hampir sejam. Kami berharap semasa mereka bersendirian, mereka akan bermuhasabah diri mereka sendiri dan menanam azam untuk berubah menjadi lebih baik sebelum mereka menyertai program ini.
Peserta dibenarkan untuk membuka ikatan mata sejam selepas itu. Pelajar kemudiannya berkumpul dalam kumpulan LDK masing-masing. Mereka berbincang dan menyatakan perasaan masing-masing semasa menjalani aktiviti Malam Pungguk ini. Ini juga bertujuan untuk menyedarkan para peserta aktivitiini mempunyai objektifnya dalam membentuk jati diri peserta.
Hari Kedua KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83
Ini adalah tanda kemenangan apabila semua pelajar lulus dalam Malam Ujian Keberanian. Semua peserta patuh dengan arahan dan berusaha untuk bekerjasama dalam melepasi semua halangan. Walaupun pelbagai emosi dan situasi dapat dilihat semasa peserta menjalani aktiviti ini, namun pada akhirnya dapat dilihat kepuasan pada wajah mereka.
Pada keesokan paginya, peserta bersarapan pagi dan membuat sedikit senaman ringkas sebagai penyegar minda untuk aktiviti yang seterusnya.
Satu ceramah diadakan pada waktu paginya. Ia disampaikan oleh En. Yukit@Mohd Nor yang sedang bertugas sebagai Guru Besar SK. Entabuan. Beliau menyampaikan satu ceramah yang bertajuk " Teknik Belajar, Yang Manakah Yang Sesuai". Slot ini adalah untuk menerangkan kepada pelajar tentang beberapa contoh teknik belajar yang mereka boleh pilih. Pemilihan yang sesuai akan menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan.
Pada sebelah petangnya pula, diadakan satu stesen mini untuk menjawab soalan mengikut subjek. Subjek yang dibincangkan adalah Matematik, Sains dan Bahasa Melayu. Guru yang menjadi fasilitator menerangkan kepada pelajar bagaimana cara yang betul untuk menjawab soalan struktur yang menjadi cabaran kepada ramai pelajar. Sessi ini turut membicarakan tentang halangan yang dihapi oleh pelajar dalam subjek-sujek tersebut.
Malam Keberanian KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83
Pada hari yang kedua, program pertama dimulakan pada pukul 4 pagi. Pelajar dikejutkan dengan menggunakan " System Call".
Malam Ujian Keberanian
Pelajar ditanya dahulu adakah mereka bersedia untuk menyertai dengan rela aktiviti ini. Apabila semua pelajar menyatakan persetujuan, maka mereka diikat matanya dengan menggunakan kain. Mereka dikumpul mengikut jantina dan dibawa ke kawasan ujian keberanian. Di sana, mereka akan mula berjalan dalam satu barisan dengan berpandukan kepada tali. Mereka melalui pelbagai halangan dengan menutup mata.
Semua peserta digalakkan untuk bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan peserta lain jika terputus barisan mereka. Melalui aktiviti ini, pelajar diajar mengenai kerjasama apabila terdapat kekurangan pada ahli kumpulan, mempercayai orang lain, menghargai usaha orang lain dan memahami kekuatan ahli kumpulan.
Hari Pertama KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83
Bertolak ke Taman Pertanian Sabah
Pada 7 Mei 2009, pelajar bertolak ke Taman Pertanian Sabah pada pukul 12 tengah hari. Para pelajar bertolak awal ke sana untuk membeli barang-barang keperluan peribadi semasa KEMOKA. Pelajar mendaftarkan diri di Taman Pertanian Sabah pada pukul 2.30 petang.
Pembahagian Kumpulan dan Latihan System Call
Peserta dikumpulkan selepas siap menrgemas barang di dalam khemah masing-masing. Khemah perempuan diltakkan di bahagian tengah, diapit oleh khemah peserta lelaki dan khemah guru. Untuk keselamatan, setiap khemah peserta lelaki dan perempuan terdapat seorang guru tidur di dallam khemah mereka.
Latihan system call turut dilakukan. System call adalah satu jenis panggilan untuk berkumpul. Palajar melakukan latihan system call sehingga nampak kemas dan sentiasa bersedia untuk dipanggil berkumpul pada setiap masa. Ini juga adalah untuk memupuk disiplin dalam diri mereka, memenuhi salah satu objektif KEMOKA.
Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
Untuk hari pertama ini, beberapa latihan dalam kumpulan diadakan. Ini adalah satu sesi interaksi untuk menyealmi diri masing-masing dengan bantuan fasilitator. Tajuk LDK untuk hari pertama ini ialah LDK mengenal diri dan ahli kumpulan yang dinamakan " Siapa Anda dan Dia ". LDK 2 pula mengenai mengenai kekuatan diri yang bertajuk " Sejauh Mana Anda Melangkah ".
Ceramah
Pada hari pertama, ceramah yang bertajuk " Anda, Potensi Diri dan Kecemerlangan Diri " telah disampaikan oleh Guru Besar Sk.Kungkular, Antuna Sungkim. Semasa sessi ceramah tersebut, beliau telah memberikan tentang betapa pentingnya dalam mengetahui potensi diri, kelemahan dan kekuatan diri pelajar itu sendiri. Potensi diri dan kekuatan akan menjadi satu pendorong ke arah kejayaan. Mengetahui kelemahan diri juga penting di mana pelajar tahu tentang batasan diri dan memikirkan jalan untuk memanipulasikan kekuatan diri sebagai penutup kelemahan diri.
Refleksi
Pelajar menunjukkan kerjasama yang baik di saat bermulanya program ini. Daripada reaksi mereka, ternyata program ini memberikan impak yang besar. Ternyata, pendedahan kepada persekitaran yang baru memberi suntikan motivasi dalam terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dibuat. Pelajar berusaha untuk bersekang mata sehingga tamat program pada hari ini, walaupun terdapat pelajar yang terbiasa dengan waktu tidur yang awal semasa di rumah. INi adalah satu kesan positif yang dapat kami lihat pada hari pertama. namun, perjalanan masih jauh. Masih ada banyak lagi aktiviti lain yang akan kami lakukan pada keesokan harinya.
Fasa Kerja KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83Perancangan KEMOKA ini berlangsung selama sebulan. Fasa kerja bermula apabila kertas kerja cadangan disiapkan. Selepas itu, perbincangan dengan pihak pengurusan Taman Pertanian Sabah dibuat di mana terikh yang sesuai untuk program ini ditetapkan. Tarikh 7 Mei ke 9 Mei dipilih memandangkan terdapat kekosongan pada masa tersebut dan peruntukan masa yang cukup untuk pihak penganjur menyipakan segala pengurusan program KEMOKA ini.
Di sekolah, pelajar tahap dua dimaklumkan tentang KEMOKA. Mereka diberi taklimat sebanyak 2 kali sebelum program. Taklimat pertama adalah untuk memaklumkan tentang apa yang perlu pelajar sediakan untuk program ini. Ini perlu kerana sebahagian besar pelajar tidak biasa menyertai program seperti ini. Taklimat kedua dilakukan pada hari Rabu, 6hb Mei untuk memeriksa persediaan pelajar.
Pada 6 Mei juga diadakan satu majlis ringkas penyerahan tugas kepada Ketua Fasilitator dan Kem Komanden. Penyerahan tugas ini bermaksud penyerahan tanggungjawab pelaksanaan kepada Ketua Fasilitator dan Kem Komanden, di mana pihak Majlis Tertinggi KEMOKA sudah tamat tugasnya dan bertindak sebagai pemantau sahaja. Ia berjalan lancar. Selepasa majlis penyerahan tugas tersebut, Ketua Fasilitator mengadakan satu mesyuarat bersama Fasilitator yang lain dalam memastikan kelicinan program.
Program ini adalah satu program percubaan para guru dan pentadbir SK. Kungkular dalam merancang aktivi luar yang berunsur akademik kepada pelajar SK. Kungkular. Harapan kami semua program ini berjalan lancar dan mencapai objektifnya.
Urusetia KEMOKA
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83Penaung : Antuna Sungkim ( Guru Besar )
Penyelaras : Nasharuddin Awang Yahya
Setiausaha : Nik Muhammad Kamil Bin Nik Razali
Bendahari : Kartini
Ketua Fasilitator : Kamaruzaman Kamaruddin
Kem Komanden : Nik Muhammad Sazilee Tuan Ahmad
Pembantu Fasi : Unsil Anak Ujang
Rosliah Makajil
Fidellia Jungkim
Aloysius Unang
Fasilitator : Kamaruzaman Kamaruddin
Nik Muhammad Sazilee Tuan Ahmad
Ahaya Enchai
Janarius Jango
Program Motivasi Akademik ( KEMOKA )
Labels: aktiviti sekolah | author: nikkea83KEMOKA adalah satu program motivasi akademik yang dianjurkan oleh SK. Kungkular. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik belajar dan juga cara menjawab soalan peperiksaan dengan cara menjawab yang membolehkan mereka mendapat markah sebanyak yang mungkin. Ini adalah satu program perintis, maka pelajar yang terlibat adalah semua pelajar tahap dua iaitu pelajar Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Jumlah peserta untuk KEMOKA seramai 16 orang.
Berikut adalah butiran KEMOKA:
Tarikh : 7 - 9 Mei 2009
Penyertaan : Pelajar Tahun 4,5,6
Tempat : Taman Pertanian Sabah
Semua guru akan terlibat dalam program ini dan setiap guru telah diagihkan tugasan masing-masing. Semangat bekerjasama dan rasa keinginan melihat kejayaan projek perintis ini menjadi satu kejayaan yang boleh dibanggakan adalah sumber semangat semua guru untuk melaksanakan tugasan mereka dengan sebaik mungkin. Pelbagai persediaan dan perancangan yang telah dilaksanakan untuk memastikan program ayng dirancang memberi impak maksima kepada para pelajar.
Kenapa 16 Mei Hari Guru
Labels: Inspirasi | author: nikkea83PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Kenapa 16 Mei Hari Guru
| author: nikkea83PENGENALAN HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.